Thursday, November 12, 2009

2012

Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti dalam kalendar kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (
Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Curtis menggunakan pengetahuannya tentang ramalan kuno ini bagi memastikan dia dapat membantu menyelamatkan manusia.

No comments:

Post a Comment